Ahad, 30 Mac 2008

assalamualaikum smua...sekarang smua negara Islam digemparkan lagi mengenai isu sentimen anti Islam yang dipelopori musuh durjana Islam. sebuah filem pendek bertajuk Fitna berdurasi 15 minit dihasilkan oleh seorang ahli politik Belanda yang mana secara terang-terang isi filem tersebut menghina Islam dengan mengaitkan Islam dengan keganasan. hal ini amat serius diambil perhatian oleh smua umat Islam. musuh durjana Islam sekarang semakin melampau! jadi, kami mewakili geng pedang MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA PENGHASILAN FILEM FITNA INI dan menyokong penuh usaha pelbagai pihak supaya MEMBOIKOT SMUA JENIS BARANGAN KELUARAN BELANDA! TAKBIR!! ALLAHHUAKBAR!!

di sini saya sertakan keratan akhbar Harakah mengenai isu yang sedang hangat kini...
dr..-mal:pedang 2-

PAS bantah keras filem anti Islam Belanda - Presiden
Wan Nordin Wan Yaacob Sun Mar 30, 08 8:49:13 am MYT
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap sebuah filem Belanda terbitan Geert Wilders bertajuk 'Fitna' yang jelas memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al Quran serta Nabi Muhammad s.a.w. -->-->
Filem tersebut turut menggambarkan Islam sebagai sebuah agama yang ganas, ujarnya dalam satu kenyataan yang disampaikan melalui Setiausaha Akhbarnya, Roslan Shahir Mohd Shahir semalam.
Presiden PAS merasakan filem yang tidak bertanggungjawab ini akan mencetuskan ketegangan antara masyarakat Islam dan bukan Islam dunia dan dengan itu mengesyorkan agar ianya tidak ditayangkan lagi.
Presiden PAS turut menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), negara-negera Islam dan NGO serta badan dan petubuhan Islam lainnya mengenakan tekanan ke atas Belanda agar bertindak terhadap penerbit filem ini dan meyakinkan dunia Islam bahawa tindakan biadap seumpama ini tidak berulang lagi.
Tambahnya, PAS menghormati kebebasan berkarya, namun ia perlu ada had dan batasan, dan dalam hal filem Belanda ini ia ternyata tidak menghormati sensitiviti agama Islam dan penganutnya yang kini merupakan hampir separuh penduduk dunia./wann