Selasa, 26 Ogos 2008

SEMANGAT PERJUANGAN HARMONI

'Bagai mencurah air kedaun keladi takkan basah' adalah perumpamaan yang paling sesuai bagi menggambarkan senario pilihanraya Parlimen Permatang Pauh, semalam (26.8.2008). Ternyata segala tohmahan keji dan fitnah kejam yang dilemparkan kepada Datuk Seri Anwar bertujuan menjatuhkan karier politik beliau tidak mendatangkan kesan terhadap pemikiran rakyat. Ironinya, rakyat tanpa mengira kaum dan golongan semakin memberi sokongan padu terhadap beliau. Buktinya jelas dapat dilihat melalui keputusan rasmi pilihanraya semalam.

Keputusan rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti besar 15,671 undi, dengan mendapat sebanyak 31,195 undi, manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi. Sementara calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.

Berdasarkan keputusan tersebut, dengan rasminya Datuk Seri Anwar akan ke parlimen. Persidangan pasti akan lebih hangat dari biasa. Ibarat kata pepatah Melayu, 'bertemulah buku dengan ruas'...

Tahniah di atas kejayaan PKR. Sesungguhnya rakyat kini dahagakan perubahan, laparkan keadilan... memerlukan nafas baru yang lebih segar...

-kulaan-