Isnin, 9 Mac 2009

Salam penuh mesra... untuk mereka, Pejuang Bahasa sekalian!
'Kalau takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai, kalau takutkan suara rakyat 'Pejuang Bahasa', jangan menidakkan kedaulatan bahasa...'
Terlebih dahulu, tahniah diucapkan kepada pihak GMP dan seluruh rakyat Malaysia yang masih setia cintakan bahasa Melayu, terutamanya kepada mereka yang telah hadir sama mengikuti perarakan perhimpunan 100 ribu ke Istana Negara Sabtu lepas kerana ianya telah mencapai matlamat yang mana himpunan tersebut telah berjaya mengumpulkan lebih 100 ribu orang. Penulis dengan beberapa lagi sahabat rapat seperjuangan telah menghadiri perhimpunan tersebut berasa kagum dan teruja tatkala memandang 'lautan manusia' dengan laungan 'TAKBIR!' dan 'HIDUP BAHASA!' memenuhi setiap jalan ketika berarak menuju ke Istana Negara.
Namun, apa yang membuatkan penulis berasa tidak puas hati adalah esoknya, beberapa akhbar media cetak yang sempat penulis baca memaparkan jumlah yang hadir hanyalah 5 ribu orang. Sedangkan jumlah sebenar yang menghadiri perhimpunan tersebut adalah melebih daripada 20 kali ganda! Dimanakah etika sebenar sebagai seorang wartawan dalam menyampaikan sesuatu bahan berita yang sah? Hal ini yang harus dipersoalkan. Dengan adanya cetusan media baru seperti internet dan media cetak seperti akhbar-akhbar yang pro pembangkang yang menyebarkan kandungan berita yang terbukti sah mengenai senario sebenar perhimpunan tersebut diharapkan rakyat mendapat info yang tepat, tidak mudah dimanilupasi minda dan jiwa mereka oleh sebaran media yang dianggap pro kerajaan itu.
Penulis juga berasa terpanggil jiwa dan perasaan ini untuk menyuarakan rasa kasihan melihat sebegitu ramai rakyat yang menghadiri perhimpunan tersebut bertempiaran lari tatkala gas pemedih mata dilepaskan ke udara. Penulis yang berada di sana juga turut terkena gas pemedih mata yang dilepaskan. Lebih kasihan lagi apabila melihat golongan tua dan budak-budak kecil yang turut sama menghadiri perhimpunan tersebut juga terkena gas pemedih mata yang dilepaskan. Dimanakah rasa belas kasihan mereka dengan apa yang mereka tekah lakukan terhadap golongan kerdil, berusia ini?
Oleh itu, perjuangan dalam mempertahankan bahasa ini masih belum selesai. Anggaplah apa yang telah terjadi ini sebagai satu cabaran dan harus belajar dari kesilapan yang dahulu. Marilah kita 'PEJUANG BAHASA' sama-sama terus mempertahankan bahasa ibunda kita ini agar terus terbela dan diagungkan selamanya.
penulis..kulaan.

Isnin, 23 Februari 2009

BAHASA JIWA BANGSA

'Bahasa menunjukkan bangsa'..., kata-kata ini menggambarkan bahasa itu bukan sahaja alat untuk kita berkomunikasi, meningkatkan tahap akademik dalam diri, malah ia yang paling utama menunjukkan bangsa kita, bangsa Melayu yang mana Bahasa Melayu itu patut dijadikan sebagai bahasa ibunda kita, bahasa rasmi kita, dan bahasa utama kita dalam kehidupan seharian.
Saya tertarik dengan kenyataan yang diucapkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang dalam Harakahdaily bertarikh 24.2.09 yang menggelarkan mereka yang masih mahu meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai golongan celaka. Beliau turut menyelar tindakan merendahkan peratus kelulusan pelajar semata-mata kerana mahu mempertahankan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Tindakan tersebut kata beliau merupakan satu perbuatan yang dianggap sebagai menipu bangsa sendiri.
Apa yang amat membimbangkan adalah kesan terhadap terhadap murid-murid sekolah luar bandar bandar yang sememangnya tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka masih lemah. Kenapa saya berpandangan sedemikian, sebabnya saya sendiri berasal dari sekolah luar bandar dan saya sendiri faham bagaimana situasi murid-murid sekolah luar bandar berbanding di bandar yang mana tahap penguasaan mereka lebih baik. Demi kebaikan semua pihak, khususnya anak bangsa kita sendiri iaitu Melayu, seharusnya PPSMI ini dikaji secara lebih teliti hasilnya setelah enam tahun dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab.
Oleh itu, satu himpunan 100 ribu rakyat untuk menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong di Istana Negara akan diadakan bagi membantah pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Himpunan yang akan diadakan pada 7 Mac bermula jam 2 petang itu akan dianjuran oleh Gerakan Mansuh PPSM (GMP). Marilah kita SEBAGAI BANGSA MELAYU sama-sama BERJUANG MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA KITA, BAHASA MELAYU!
sekian...kulaan banjar.

Ahad, 22 Februari 2009

salam seperjuangan..

Nampaknya negara kita sekarang semakin dilanda 'taufan kepolitikan' yang tak henti-henti kontoversinya, khususnya di Perak. Persoalannya, adakah Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar masih sah sebagai MB Perak? Sudah pasti YA sebab berdasarkan undang-undang, Datuk Seri masih sah sebagai MB. Jawatannya itu akan terbatal atau terlucut hanya melalui tiga cara iaitu:


a) Perletakan jawatan secara sukarela

b) Pembubaran DUN

c) Undi tidak percaya ke atas dirinya
Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar
Jadi, mengenai isu Speaker Dun Perak, V Sivakunar yang mengenakan hukuman pengantungan terhadap Datuk dr. Zambry dan exco-exconya, kerajaan BN yang hanya mempunyai 21 ahli dewan boleh dianggap 'lumpuh' apabila majoriti kerusi kini diperolehi oleh Pakatan Rakyat yang mempunyai kelebihan kesemuanya berjumlah 28, yang secara tidak langsung menunjukkan Kerajaan Pakatan Rakyat adalah yang SAH memerintah negeri Perak.


dr anak perak..kulaan.

Isnin, 16 Februari 2009

Agong Dukacita Isu Perkauman Sempit Masih Dibangkitkan




Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengingatkan rakyat jelata supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan dan berharap tidak ada sebarang percubaan untuk mewujudkan undang-undang lain yang bertentangan dengan keluhuran Perlembagaan.

Baginda bertitah sejarah kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan perlu dijelaskan kepada golongan muda supaya mereka lebih memahami asas pembentukan negara.

“Generasi muda merupakan pelapis dan harapan masa depan negara. Prinsip-prinsip Rukun Negara hendaklah difahami dan dihayati oleh segenap lapisan rakyat,” titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-12 di Dewan Rakyat, lapor Bernama.

Seri Paduka turut melahirkan rasa dukacita kerana walaupun negara telah 51 tahun merdeka, isu perkauman yang sempit masih dibangkitkan oleh pihak tertentu dan menjadi perdebatan umum.

“Beta ingin menegaskan bahawa kerajaan Beta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum dan keamanan negara dikekalkan,” titah baginda sambil menerima tepukan meja yang gemuruh daripada anggota dewan.

Baginda bertitah bahawa hak setiap rakyat di negara ini yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan sentiasa dipelihara dan dihormati.

“Sehubungan ini, Beta menyeru semua rakyat bersama-sama meningkatkan perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran negara. Kepelbagaian kaum dan budaya yang dimiliki hendaklah digembleng menjadi kekuatan negara kita,” titah Seri Paduka.

Jangan persoal kedudukan Islam

Tuanku Mizan juga mengingatkan semua pihak supaya menghormati dan tidak mempersoalkan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mengenai berita palsu dan fitnah yang disebar pihak tertentu termasuk melalui laman blog sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan di kalangan rakyat, baginda mahu rakyat berhati-hati dan bijak menilai maklumat yang tersebar.

“Sesungguhnya kita harus belajar daripada sejarah di mana kejatuhan sesebuah empayar dan tamadun adalah berpunca daripada fitnah, hasad dengki dan perpecahan di kalangan rakyat,” titah baginda.

Baginda juga mahu pengamal media termasuk penulis blog supaya lebih beretika dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebebasan yang diberikan demimengekalkan keharmonian dalam masyarakat.

Seri Paduka turut menyambut baik penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuktikan keikhlasan dan iltizam kerajaan mengotakan janji untuk membanteras rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

“Bagi memastikan usaha pembanterasan rasuah dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, SPRM perlu dianggotai oleh pegawai-pegawai profesional, berkemahiran dan berkeupayaan tinggi serta terlatih dalam pelbagai bidang,” titah baginda.

Tuanku Mizan bertitah bagi menarik golongan tersebut berkhidmat, SPRM akan menyediakan skim perkhidmatan dan saraan yang lebih baik bagi mengiktiraf para pegawai suruhanjaya itu di atas peranan dan sumbangan penting mereka dalam meningkatkan integriti dan membanteras jenayah rasuah di negara ini.

Melonjak martabat negara

Baginda bertitah penubuhan SPRM dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman adalah bukti bahawa kerajaan berpegang kepada janji dan yakin kedua-dua suruhanjaya itu akan meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap kredibiliti institusi berkenaan.

“Langkah kerajaan ini akan memantapkan lagi agenda negara dan seterusnya melonjakkan martabat negara di persada antarabangsa,” titah baginda.

Tuanku Mizan turut menitikberatkan mengenai pendidikan awal dan menyeru agar semua pihak termasuk ibu bapa, masyarakat, badan bukan kerajaan dan badan korporat memainkan peranan membantu para pendidik untuk melahirkan modal insan yang cemerlang sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Usaha-usaha memperluaskan pendidikan prasekolah akan terus dilaksanakan bagi memastikan peluang pendidikan diperoleh lebih awal. Di samping itu, transformasi kurikulum prasekolah dan sekolah rendah akan dilaksanakan agar lebih relevan dengan keperluan semasa dan akan datang,” titah baginda.

Baginda turut memuji tindakan tepat kerajaan yang mengadakan sidang khas Parlimen pada 12 Januari lalu bagi mengutuk tindakan Israel menyerang rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

“Kerajaan Beta sentiasa siap siaga berinteraksi supaya negara-negara kecil khususnya tidak ditindas atau ditekan atas alasan yang membelakangkan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

“Beta berbangga di atas kejayaan Malaysia mengusulkan supaya diadakan sesi khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membincangkan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza,” titah Seri Paduka.

Isnin, 2 Februari 2009

boikot jenama berikut jika kamu tidak mahu menjadi pembunuh kanak-kanak!





setiap wang anda yang membeli jenama berikut akan masuk ke ekonomi Israel sekaligus menjadi peluru dan bom kepada Israel laknatullah untuk mengorbankan kanak-kanak, wanita dan warga tua Palestin yang sememangnya tidak berdosa dan tidak pula berdaya berjuang menentang syaitan durjana Israel. setiap sen wang yang anda berikan kepada jenama-jenama ini merupakan satu peluru kepada Israel laknatullah untuk membunuh kanak-kanak Palestin yang merupakan ahli syurga yang suci dari dosa. jika anda tetap berkeras mahu membeli jenama berikut, ingatlah bahawa anda juga bersekongkol dengan Israel laknatullah untuk membunuh kanak-kanak Palestin dan mereka yang tidak berdaya berjuang.
ini kerana syarikat-syarikat berikut mempunyai pelaburan di Israel dan ada yang menyokong kerja mencuri tanah Palestin oleh Israel laknatullah ini. jadi sebagai orang Islam, ini adalah sekoman-koman(paling minimum) jihad kita untuk perangi negara haram Israel laknatullah. dan bagi bukan Islam pula atas dasar kemanusiaan, marilah bersatu berjuang dengan boikot produk-produk berikut. sesungguhnya banyak lagi jenama buatan Malaysia dan negara-negara Islam yang lain serta Asia yang lebih terjamin halal dan sekaligus menaikkan ekonomi serumpun dan ekonomi umat Islam. bersatu kita menentang negara haram Israel laknatullah. bersatu hentikan pembunuhan kanak-kanak dan mereka yang tidak berdosa di Palestin. kita gegarkan bangsa laknatullah Israel ini dengan keadilan yang setimpal dengan perbuatan durjana mereka ini!
Takbir!!

Jumaat, 26 Disember 2008

salam Maal Hijrah dan salam reformasi

sekian lama menyepi kini kembali dengan semangat dan azam yang baru sempena akan memasuki tahun baru awal Muharram 1430. jentera reformasi akan bergerak dengan lincah untuk menghadapi pilihan raya kecil Kuala Terengganu begitu juga geng Pedang yang akan menggerakkan ahli jentera untuk pilihan raya kampus tahun hadapan. saingan pasti sengit. taktik kotor pasti di guna dan mahasiswa yang gentar akan di peralat sesetengah pihak demi kepentingan peribadi.
geng pedang komited meneruskan usaha reformasi dan membawa agenda perubahan kampus serta negara dimana kami para mahasiswa merupakan pelapis bagi cendikiawan dan pemimpin masa hadapan negara Malaysia tercinta. demi bangsa, negara dan agama kami. usaha mengambil alih kerajaan pada 16 september tidak di izinkan Allah SWT dengan sebab dan hikmah yang tidak di ketahui sesiapa kecuali-Nya. usaha dan kegigihan komited meneruskan perjuangan sentiasa membakar semangat kami meneruskan perjuangan agenda perubahan Harapan baru Malaysia. Jika takut pada risiko, usah bicara tentang perjuangan. ayuh pedang sekalian, asah pedang demi jiwa bangsa kita. reformasi!!

Selasa, 9 September 2008


Nantikanlah detik 16 September nanti...

Isnin, 8 September 2008


Geng pedang mengucapkan selamat berpuasa kepada semua ahli, juga kepada semua umat Islam yang menyokong perjuangan menegakkan kebenaran dan syiar Islam...
Pakat-pakat mai masjid lekaih taraweh...
-kulaan-


Selasa, 26 Ogos 2008

SEMANGAT PERJUANGAN HARMONI

'Bagai mencurah air kedaun keladi takkan basah' adalah perumpamaan yang paling sesuai bagi menggambarkan senario pilihanraya Parlimen Permatang Pauh, semalam (26.8.2008). Ternyata segala tohmahan keji dan fitnah kejam yang dilemparkan kepada Datuk Seri Anwar bertujuan menjatuhkan karier politik beliau tidak mendatangkan kesan terhadap pemikiran rakyat. Ironinya, rakyat tanpa mengira kaum dan golongan semakin memberi sokongan padu terhadap beliau. Buktinya jelas dapat dilihat melalui keputusan rasmi pilihanraya semalam.

Keputusan rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti besar 15,671 undi, dengan mendapat sebanyak 31,195 undi, manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi. Sementara calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.

Berdasarkan keputusan tersebut, dengan rasminya Datuk Seri Anwar akan ke parlimen. Persidangan pasti akan lebih hangat dari biasa. Ibarat kata pepatah Melayu, 'bertemulah buku dengan ruas'...

Tahniah di atas kejayaan PKR. Sesungguhnya rakyat kini dahagakan perubahan, laparkan keadilan... memerlukan nafas baru yang lebih segar...

-kulaan-

Rabu, 13 Ogos 2008

propaganda media terhadap isu UITM

JANGAN PANJANGKAN ISU KEMASUKAN PELAJAR

13 OGOS 2008

Shah Alam – Kerajaan Negeri Selangor peka terhadap laporan akhbar membabitkan kenyataan pembukaan 10% kuota UiTM kepada pelajar asing dan bukan bumiputra. Kerajaan Negeri ingin menjelaskan kenyataan tersebut adalah bukan dasar Kerajaan Pakatan Rakyat ataupun Parti Keadilan Rakyat. Ianya dibuat ketika Dato’ Menteri Besar Selangor menjawab soalan daripada pihak media tentang kemasukan pelajar asing dan bukan bumiputra ke dalam UiTM.

Ulasan tersebut telah dibuat dari konteks mempertingkatkan mutu serta kualiti pendidikan tinggi di dalam era globalisasi sekaligus membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada pelajar Melayu dan Bumiputera. Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat amat kesal ulasan ini dilaporkan di luar konteks asal dan lebih menjurus kepada isu perkauman.

Dato Menteri Besar ingin mengulangi pendirian bahawa Beliau tidak pernah bermaksud mempertikaikan hak-hak keistimewaan pelajar bumiputra dan sedar bahawa UiTM ditubuhkan bagi membantu mengangkat martabat pelajar Melayu serta bumiputra Sabah dan Serawak. Kerajaan Negeri terus menjunjung semangat Perlembagaan Persekutuan termasuk Artikel 153 Mengenai Hak-hak Istimewa Orang Melayu.

Dalam melaksanakan aspirasi bangsa melayu, UiTM sepatutnya tidak hanya memberi tumpuan terhadap isu kuota kemasukan. Ia juga perlu memberi lebih fokus dalam menaikkan mutu dan kemudahan universiti itu sendiri supaya ianya boleh dianggap sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang disegani diperingkat Negara dan juga Antarabangsa.

Pihak Kerajaan Negeri menyeru supaya isu ini tidak dipanjangkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan mengingatkan pelajar supaya tidak terpengaruh dengan dakyah yang dimainkan oleh sesetengah pihak.

Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri berharap supaya pelajar dan ahli akademik berusaha mengembeling tenaga menolong pihak Kerajaan Negeri dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan tinggi di Selangor serta sekaligus dapat menjayakan polisi “Merakyatkan Ekonomi Selangor”.

Sekretariat Akhbar

Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor

Jumaat, 1 Ogos 2008

suara keramat rakyat semakin hampir makbul!!

Dato' Seri Anwar Ibrahim, wira Malaysia semakin hampir ke Putrajaya. Kepada rakyat yang bijak berfikir doakan beliau berjaya mengharungi segala halangan kerajaan rejim firaun yang tidak henti-henti menabur fitnah dan kezaliman. Rakyat teruskan berdoa untuk kejayaan agenda perubahan. Insya Allah.

Selasa, 29 Julai 2008

'SUDAH TERANG LAGI BERSULUH'

Pendedahan laporan seorang doktor Pusrawi, Dr Mohamed Osman Abdul Majidyang disebar meluas menerusi portal berita membuktikan dakwaan meliwat terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya bermotifkan politik dan tidak berasas sama sekali. Dalam pendedahan laporan pemeriksaan tersebut, menunjukkan tiada kesan pemuda itu diliwat.

Laporan sulit dua halaman daripada Hospital Pusrawi itu turut disertakan maklumat-maklumat tambahan yang menjelaskan beberapa istilah perubatan yang sukar difahami dan beberapa perkataan doktor itu yang tidak jelas.

Laporan yang disahkan milik hospital swasta di Jalan Tun Razak itu mula beredar di internet sejak semalam (28 Julai). Pada 28 Jun lepas, Mohd Saiful membuat laporan polis mendakwa dirinya diliwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Sebelum membuat laporan polis, Mohd. Saiful telah mengunjungi Pusat Rawatan Islam di Jalan Tun Razak dan kemudian Hospital Kuala Lumpur.

Jadi, persoalannya di sini, sejauhmanakah kesahihan pembocoran laporan tersebut? Dalam hal ini, pengamal perubatan sebenarnya tertakluk kepada tanggungjawab moral, etika dan perundangan untuk menjaga kerahsiaan seseorang pesakit yang mana tindakan boleh diambil kepada pihak hospital sekiranya didapati bersalah membocorkan rekod perubatan pesakitnya bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.

Jadi, sudah tentu Dr Mohamed Osman sendiri sudah mengetahui risiko yang bakal diterima sebelum mendedahkan maklumat tersebut. Mengapa Dr Mohamed Osman sungguh berani melakukannya... secara kasarnya, jawapannya begini... mengapa beliau perlu takut kerana apa yang didedahkannya itu terbukti benar dan sahih berdasarkan pemeriksaan yang telah dijalankan. Seperkara lagi, mengapa kita perlu takut kepada kebenaran kerana memang sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini harus melaksanakan sesuatu tugas dengan jujur dalam konteks melaporkan perkara yang benar dan menafikan sama sekali sesuatu perkara yang tidak benar dan berasas sama sekali.

Oleh itu, anda sebagai pembaca blog ini yang dikurniakan akal fikiran yang masih lagi waras haruslah 'berfikir secara kritis' dalam membezakan perkara yang mana benar, dan yang mana tidak benar...
-sekian dari meja pengarang-

Khamis, 10 Julai 2008

Fatwa Dr Taha Jabir al-’Ulwani mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim”

Soalan
Telah berlaku satu isu yang menggemparkan banyak pihak di Malaysia baru-baru ini, berhubung mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dituduh terlibat dengan perlakuan liwat, pihak berkuasa Malaysia berusaha untuk memanggil kedua-dua individu yang menuduh dan dituduh agar melakukan angkat sumpah untuk membuktikan pihak yang benar dan salah.

Apa pandangan Islam berhubung tindakan angkat sumpah berkenaan, apakah pihak yang dituduh perlu berbuat demikian bagi membersihkan dirinya daripada fitnah atau tuduhan itu seperti sumpahan orang yang terlibat dalam kes pembunuhan?

Jawapan Dr Taha Jabir al-’Ulwani:

Menurut Imam Ibnu al-Qaiyim al-Jauziyah dalam kitabnya at-Turuq al-Hukmiyyah dan beberapa pandangan ulama, mereka menolak dakwaan atau tuduhan yang datang daripada seorang yang dilihat tidak berlaku adil, khususnya daripada setiap tindakan, cara hidup terhadap orang yang mempunyai kedudukan baik dalam masyarakat, di mana dakwaan seumpama itu disifatkan sebagai ‘Qazaf’ dengan membawa empat orang saksi, ia bersandarkan kepada ayat 4, Surah an-Nur maksudnya:

4. “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;

Firman Allah lagi menerusi ayat 11-19, Surah an-Nur maksudnya:

“11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh siksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: “Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab siksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -

Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: “Tidaklah layak bagi Kami memperkatakan hal ini! Maha suci Engkau (Ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli Rumah Rasulullah)! ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan”.

Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.

Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).”

Sesungguhnya sejarah gerakan Athisme dan Komunisme di dunia Arab secara khusus melatih perkaderan di peringkat akar umbi untuk menonjolkan akhlak yang songsang yang dilemparkan terhadap pimpinan ahli agama Islam yang komited dengannya, ia adalah cara untuk memburukkan nama baik dan imej mereka kepada umum (kerana mahu meraih kepentingan tertentu) agar umum tidak lagi percaya dan memberi sokongan kepada ahli-ahli agama, inilah yang pernah dilakukan oleh pengikut Komunis di Iraq satu ketika dahulu di kalangan parti Ba�ath (Kebangsaan Arab).

Justeru, kita amat rasa sedih apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini di mana para pemimpin kerajaan bertindak serupa dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, mereka lakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan politik kotor mereka dan menyekat kemaraan pengaruh lawan dengan apa sahaja cara sekali pun walaupun melibatkan harga diri seseorang.

Mereka ini bukanlah pemimpin kerajaan yang baik yang boleh menjaga kebaikan dan kemaslahatan negara, tetapi untuk diri mereka semata-mata, tapi bagaimanapun tindakan mereka itu akan dibalas, kalau pun tidak pada diri mereka, mungkin isteri serta anak-anak mereka.

Apa yang umum hingga di peringkat global mengetahui, bahawa Saudara Anwar Ibrahim sejak masa mudanya dilantik sebagai ketua gerakan belia di Malaysia (ABIM), pernah mengurus kira-kira 25 buah sekolah beraliran agama khusus buat remaja lelaki dan perempuan (sekolah alternatif) di seluruh tanahair, tidak kedengaran pada usia remajanya atau ketika memimpin gerakan belia, sesuatu yang menjatuhkan harga diri atau maruahnya dengan tindakan yang menyalahi ajaran agama Islam. Jika pada usia begitu beliau disenangi, dipercayai dan dihormati sebagai seorang pemimpin yang baik, bagaiman mungkin pada usia yang mencecah 60 akan terlibat dengan perlakuan kaum Lut?.

Beliau sekarang ini terdedah kepada pelbagai ancaman, konspirasi, provokasi, bagi mengekalkan amalan politik kotor sekali gus mengajak manusia seluruhnya untuk menentang Allah SWT.

Isu akuan bersumpah sebenarnya tidak dibahaskan panjang lebar oleh kalangan fuqaha� melainkan pada keadaan bila wujudnya pembunuhan antara dua kampung hingga tidak dapat dikenal pasti siapa pembunuh sebenar, maka menurut sebahagian mereka: Akuan bersumpah hendaklah dilakukan oleh 50 orang ahli setiap kampung bagi membersihkan diri daripada sebarang tuduhan, tetapi ia bukan dalam isu yang sedang dibincangkan iaitu �Qazaf�.

Ini kerana apa yang sedang disaksikan ialah isu antara seorang penuduh fasiq lagi zalim tidak diterima kesaksiaannya dan seorang yang teraniaya dan bersih daripada tuduhan tetapi tidak diberi haknya untuk membebaskan diri daripadanya.

Isu ini serupa apa yang pernah berlaku kepada pemimpin gerakan Islam Iraq al-marhum Syeikh Muhammad Mahmud as-Sowaf dan Syeikh Abdul Aziz al-Badri yang dilemparkan oleh pengikut Komunis dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan hingga kedua-dua mereka tidaK dapat membela diri untuk membersihkan nama baik dan maruah.

Isu Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang pernah cemerlang dalam kepimpinannya ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno beberapa tahun, tidak kedengaran suara-suara sumbang daripada golongan remaja, belia bersamanya dahulu menyebut tentang perlakuan sumbang beliau, tetapi bagaimana sejak akhir-akhir ini terdapat kecenderungan pihak tertentu dengan rasa tidak malu dan takut kepada Allah melemparkan tuduhan negatif itu.

Saya menyeru pihak terbabit secara jujur, bertakwalah kamu kepada Allah, takutkan akan Dia Yang Maha Bertindak Balas ke atas hamba-hambaNya di akhirat, ingatlah ketegasan Allah dalam al-Quran : Sesungguhnnya hari tersebut (kiamat) tidak akan memberi manfaat harta dan anak-pinak, melainkan mereka yang datang menemui Allah dengan hati yang selamat (dari sebarang penyakit hati yang merbahaya).

Secara peribadi selaku seorang muslim, harapan dan seruan saya kepada Kerajaan Malaysia, agar bertakwa kepada Allah dalam mengurus negara dan rakyat, khususnya orang Melayu/Islam, berakhlaklah dengan nilai akhlak Islam yang murni, dengan tidak melebihkan politik daripada akhlak, jangan bertindak sesuatu yang boleh melucutkan harga diri seseorang atau rakyat hilang keyakinan para pemimpin yang memerintah negara sekarang ini, kerana setiap sesuatu yang zalim itu adalah jalan kegelapan, yang rosak itu akan membawa kepada neraka yang membakar.

Kita bermohon kepada Allah agar Dia memelihara negara dan rakyat di bawah naungan-Nya. - mr_

sumber - harakahdaily.net

Selasa, 8 Julai 2008

Protes sejuta rakyat

Amat dikesali protes sejuta rakyat pada 6 Julai yang lalu menimbulkan satu kontroversi apabila terdapat konsert didalam tentatif programnya. ini amat bertentangan dengan matlamat pakatan rakyat yang bersih lagi suci dengan kepimpinan PAS yang berteraskan agama Islam tercinta. sewajarnya golongan yang menyusupkan nilai kebaratan seperti ini ditahan dari melakukan penjajahan budaya yang akhirnya akan memakan diri pakatan rakyat. kita sebagai satu pakatan yang beradab dan sopan sememangnya dilarang dibawa unsur-unsur negatif sebegini. kesilapan seperti ini akan menjadi pin point kepada pakatan jahat UMNO untuk ganyang pakatan rakyat dengan tohmahan. walhal kita sebagai pakatan rakyat amat menyangkal sama sekali segala budaya yang diamalkan oleh UMNO. maka seharusnya kita mesti meninggalkan budaya jahat dan negatif seperti ini.
saya dikhabarkan pada sebelah maghrib, Tuan Guru Nik Aziz akan memimpin menunaikan solat hajat. tetapi amat dikesali konsert yang lalai dan negatif tidak berguna langsung sebegini terjadi akhirnya. saya harap kejadian seperti ini tidak akan berulang apabila perhimpunan rakyat dilakukan. pertunjukan konsert dan muzik yang biadap dan tidak bertamadun serta lalai amat dilarang didalam agama Islam. diharap agar PKR lebih prihatin dalam membuat keputusan kerana perkara sebegini akan memburukkan nama pakatan rakyat serta agama Islam yang diteraskan dalam kepimpinan PAS. kami barisan anak muda penyokong setia perjuangan pakatan rakyat amat menyangkal sebarang bentuk hiburan yang lagha seperti ini. ini merupakan salah satu penyusupan budaya negatif yang semakin lama semakin menular didalam pakatan rakyat yang patut dihentikan serta merta!! kembali kepada matlamat asal perjuangan KITA!! kepada anak muda yang menyokong pakatan rakyat, hormati perjuangan kami. jangan dilakukan khianat kepada matlamat pakatan rakyat. membujur lalu melintang patah!! lawan tetap lawan!

Apabila usul ditolak tanpa ditimbang,
suara dibungkam kritikdilarang tanpa alasan,
dituduh subversif dan mengganggu keamanan
maka hanya ada satu kata: lawan!

(Peringatan, Solo, 1986)

Selasa, 1 Julai 2008

KONSPIRASI 'BUSUK'

Assalamualaikum...

Kini, negara kembali gempar setelah berlalunya tragedi 'reformasi' tahun 1998 dengan isu dakwaan liwat terbaru ke atas Datuk Anwar Ibrahim yang dibuat oleh seorang pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlanl di Pondok Polis HKL di bawah kawalan Jalan Travers , baru-baru ini.

Apakah motif sebenar dakwaan 'karut' yang dilemparkan kepada Anwar...?

Berikut adalah beberapa kenyataan (komen) yang dikeluarkan oleh beberapa tokoh pemimpin mengenai motif sebenar @ kesan dakwaan tersebut:

1) Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tuduhan terbaru terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mencalarkan imej pembangkang dan polis perlu menyiasatnya secara terperinci.
Malah, katanya, tuduhan seperti itu serta beberapa tuduhan lain yang dibuat terhadapnya di laman blog juga boleh mencemarkan imej negara.
''Ini semua konspirasi politik, kerja-kerja geng politik yang tidak beriman, tuduh orang liwat dan macam-macam tuduhan, macam dalam blog, letup sana letup sini.
''Di Malaysia, suka sangat buat tuduhan macam ini, sampai satu peringkat menjatuhkan air muka seseorang sehingga ke tahap yang tidak boleh diterima,'' katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini hari ini.
''Memang tuduhan ini nak cemar imej pembangkang, saya sebagai 'ketua kampung' merasa malu dan secara tidak langsung imej negara juga turut tercemar,'' kata Nik Aziz.
''Ini tuduhan liwat, ia (liwat ini) bukan boleh buat di jalan raya, orang buat secara sulit, kena ada bukti, kalau ikut Islam kena ada empat saksi,'' katanya. (sumber:utusan online 30 Jun)

2) Menurut Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, ini merupakan satu sandiwara yang digunakan untuk menutup kes yang besar dan sedang hangat diperkatakan iaitu kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya.
"Tuduhan ini kali kedua dikenakan ke atas beliau, kalau kali pertama dulu satu sandiwara tuduhan ini juga merupakan satu sandiwara untuk menutup kes pembunuhan Altantuya berikutan pendedahan terbaru yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin.
"Kerana mereka ada kuasa sikit mereka boleh buat sesuka hati, hakim mereka pegang dan begitu juga dengan polis jadi saya minta kita banyakkan solat hajat minta Allah tunjukkan kebenaran," kata Ustaz Ghani. (sumber:harakahdaily 1 Julai)

3) Menurut Pengerusi KeADILan Melaka, Khalid Jaafar, sebenarnya ini adalah satu konspirasi baru seperti 1998 dan merupakan tindakan terdesak khususnya Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.
"Anwar mempunyai bukti baru dan akan mendedahkan penglibatan kedua-dua mereka ke atas pemalsuan bukti perbicaraan terdahulu yang jelas menunjukkan satu konspirasi politik peringkat tertinggi negara.
"Nyawa beliau terancam bukan satu lakonan kerana orang yang terlibat dulu sama dan telah dinaikkan pangkat, pemain utamanya masih sama serta mempunyai kedudukan yang lebih kuat," katanya. (sumber:harakahdaily 1 Julai)

4) Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San, menyatakan tuduhan ini mungkin bermotifkan politik untuk memusnahkan karier politik Dato' Seri Anwar Ibrahim.
"Ini satu tuduhan yang mempunyai niat kerana BN sekarang ini dalam kedudukan terancam jadi mereka guna pelbagai cara untuk menjatuhkan Anwar," kata beliau.
(sumber:harakahdaily 1 Julai)

5) Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar menyifatkan tuduhan liwat yang dilemparkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi jahat dan jijik.
Sambil mengharapkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenakan tindakn kepada pihak yang terbabit mendakangi konspirasi ini beliau juga mahu isu ini dihentikan serta merta.
Malah atas nama Islam beliau menyeru kepada kelompok yang berkemungkinan mencetus konspirasi ini agar memikirkan implikasinya terhadap tuduhan ini yang mengaibkan seseorang.
(sumber:harakahdaily 1 Julai)

6) Presiden Abim, Yusri Mohammad pula menyatakan, insiden dakwaan liwat terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim mengejutkan rakyat dan menjadi kebimbangan.
Malah, Abim memberi amaran kepada semua pihak termasuk media agar tidak mensensasikan isu ini kerana ia membabitkan maruah dan isu peribadi, katanya.
(sumber:harakahdaily 1 Julai)

Mengikut kenyataan Harakahdaily 2 Julai, Datuk Anwar berkata beliau akan mengumumkan fakta dimana beliau berada pada 26 Jun lalu iaitu tarikh yang didakwa Saiful Bukhari Azlan sebagai tarikh kejadian liwat kononnya berlaku. Dalam ceramahnya di Stadium Melawati Shah Alam malam 1 Julai, Anwar menyatakan penjelasan mengenai hal itu akan dibuat dalam masa terdekat.


Sumber dari malaysiakini 1 Julai melaporkan PKR mempunyai satu akuan berkanun yang mengaitkan pembabitan pejabat Datuk Seri Najib Razak dengan dakwaan liwat terbaru yang dilaporkan kepada polis Sabtu lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Hari ini kita ada satu pengakuan bersumpah daripada seseorang yang belum kita dedahkan yang tahu bahawa memang ada pakatan dan perencanaan yang melibatkan pejabat timbalan perdana menteri untuk menghina saya," kata penasihat PKR dalam program ceramah penjelasan isu panas tersebut
Beliau mengulangi kenyataannya semalam bahawa dakwaan jenayah itu muncul selepas pihak berkuasa dapat menghidu strateginya untuk mengumumkan akan bertanding dalam satu pilihanraya kecil dan juga kemasukan empat ahli parlimen BN dalam Pakatan Rakyat.

Jelaslah dakwaan tersebut ada muslihat 'tak bermaruah' ingin menjatuhkan kepimpinan Datuk Anwar dan semua kredibiliti Pakatan Rakyat yang semakin berpengaruh sekarang.
Negara tidak akan aman dan maju selagi fitnah dan hasad dengki bermaharajalela dalam sanubari kita, apatah lagi kita sebagai umat Islam seharusnya tidak mudah terpedaya dengan hasutan syaitan durjana yang menjerumus kepada kemungkaran (fitnah dan hasad dengki).
-sekian dari meja pengarang-

Khamis, 26 Jun 2008

PROJEK PEM'BOROI'AN...

(Sumber: harakahdaily bertarikh 26 Jun 2008)
Berikut adalah senarai jumlah yang dianggap sebagai 'pembaziran' projek mega oleh kerajaan BN yang pernah disiarkan oleh beberapa laman web dan blog sebelum ini antaranya ialah:
1. Pembangunan Wilayah Iskandar RM240 bilion
2. Pembangunan Koridor Utara RM160 bilion
3. Pembangunan Koridor Pantai Timur RM170 bilion
4. Pembangunan Koridor Sabah RM115 bilion
5. Pembangunan PGCC di Pulau Pinang RM24 bilion
6. Jambatan Pulau Pinang ke dua RM3 bilionJumlah keseluruhannya RM712 bilion

Menurut laporan sepanjang 22 tahun mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed telah berbelanja sejumlah RM350 bilion untuk kos pembangunan, sebaliknya Abdullah Ahmad Badawi yang baru empat tahun sudahpun berbelanja lebih RM700 bilion.
Jumlah pembaziran dan penyalahgunaan wang rakyat yang telah dilakukan sepanjang era Abdullah menjadi Perdana Menteri sebelum rakyat memilih sekali lagi BN dalam pilhan raya umum akan datang:-

1. Pembelian 3 lukisan untuk syarikat MAS - RM1,550.000.00
2. Lebih bayaran pembelian peralatan KBBS (belia dan Sukan) - RM8,390,000.00
3. Kos memperbaiki MRR 2 - RM70,000,000.00
4. Kos memperbaiki kerja bangunan Matrade - RM120,000,000.00
5. Pembelian jet baru Abdullah - RM200,000,000.00
6. Bayaran pampasan kerana gagal meneruskan pembenaan jambatan bengkok - RM257,000,000.00
7. Pembelian 3 buah submarine - RM4,100,000,000.00
8Skandal PKFZ - RM4,600,000,000.00
9. Skandal OPV (NDSB) bot laju Kementerian Pertahanan - RM6,750,000,000.00

Cuba anda fikirkan sejenak...

Jika kita kaji semula jumlah semua peruntukan tersebut, adakah ia betul-betul 100% memberi keuntungan atau lebih tepat lagi dilaburkan khas untuk kemudahan dan kesenangan rakyat... fikir-fikirkanlah...
-sekian dari meja pengarang-

Selasa, 17 Jun 2008

VOTE BN FOR 'BARANG NAIK'

'Sudah jatuh ditimpa tangga'... itulah gambaran yang paling idea bagi menggambarkan situasi terkini kehidupan rakyat Malaysia kini yang semakin di himpit duri sengsara angkara sumpitan berbisa pemerintahan kerajaan sekarang.
Sebelum ini kita telah banyak dikejutkan dengan peningkatan pelbagai barang-barang keperluan utama harian seperti minyak masak, tepung, gula, beras dan banyak lagi. Namun, tanggal 4 Jun 2008, detik hitam mula melanda seluruh rakyat Malaysia apabila harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter, kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang. Manakala harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58.
Isu kenaikan harga bahan api merupakan pekara sensitif bagi rakyat. Ini kerana, bahan api (petrol dan disel) diibaratkan 'ibu' bagi semua barang lain. Kenapa begitu? Ini kerana kenaikan bahan api secara langsung akan melibatkan kenaikan semua barang keperluan semasa kita yang mana ianya tidak dapat kita elak lagi. Peningkatan harga bahan api secara langsung akan meningkatkan kos pengeluaran seseuatu produk, termasuklah dari segi kos pengangkutan, kos pengeluaran, kos bahan mentah dan sebagainya. Akhirnya, pembekal terpaksa menjual barang kepada pekedai dengan harga mahal dengan alasan kos bahan api meningkat. Kesannya, pekedai pula terpaksa menjualnya pula kepada pembeli juga dengan harga yang tinggi, dengan alasan tidak dapat untung kalau jual pada harga asal. Musibahnya, kita sebagai pengguna juga yang terpaksa menanggung derita dengan kenaikan harga barang kini, terutamanya bagi golongan miskin, fakir, ibu tunggal dan yang keluarga ramai.
Bayangkan bagi golongan miskin, ibu tunggal dan yang bekeluarga ramai terpaksa menempah arus kehidupan yang semakin tercabar dengan sergahan kenaikan harga barang sekarang... Fikirkanlah bagaimana susahnya mereka bekerja semata-mata ingin mencari sesuap rezeki kurniaan Allah SWT dalam pada masa harga semua barang mengalami kenaikan...
Siapakah yang harus kita persalahkan dalam punca semua masalah ini? ambil masa fikirkanlah sejenak... sekian dari meja pengarang.

Jumaat, 13 Jun 2008

siapa kena ubah gaya hidup?rakyat laaaaaaaaaa!!!

Rintihan Rakyat Jelata

kepada pak lah… PM kesayangan ku

saya ingin mengucapkan terima kasih kepade pak lah kerana menaikkan rege minyak..
selepas ini apebile rege minyak naik.. rege barang yg lain akan naik..
saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yg dah merah mate dan pecah perut kepade ikan kering sahaja..
saya sanggup berkorban untuk UMNO dan BN..
anak saye yg seramai 5 org itu boleh bekerje selepas waktu sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi menyokong UMNO dan bn
saya akan merubah bilik bilik yg ade di rumah saya untuk dijadikan tempat menternak ikan dan menanam sayur secare hidroponik
saya terpakse tanam dalam bilik kerna saya dok kat umah flat..
rebet yg diberikan kepade saya memang melebih dari keperluan saya..
apebile saya congak.. saya hanya menggunakan 20 sen aje duit minyak moto sehari.. ade untung 21 sen
saya tak pakai pon kete… sebab bile minyak naik.. saya kene jual datsun kotak mancis saya.. dapat gak duit..
anak anak saya, saya akan soh eksesais setiap hari dengan berjalan kaki atau naik beskal ke sekolah.. sejauh 5 km
walaupon saye berpendapatan rm 1000.. ia terlebih cukup untuk keluarga saya…

buat permulaan untuk merubah kehidupan saya..
saya tidak akan menggunakan gula… tak akan menggunakan tepung untuk buat jempot-jempot
akan menggantikan beras ngan ubi… setiap hari saya dan keluarga akan berpuasa (kecuali pade hari hari yg dilarang ajerk)
saya akan buat minyak masak sendiri
itu antara care saya merubah hidup..
ade banyak lagi care
semuanya kerna UMNO dan BN

dan saya ingin meminta pak lah supaya menaikkan lagi rege minyak yg ade..
bukan tu ajerk.. diminta menaikkan lagi rege tol kerna org sebelah rumah saya nih org pembangkang dia selalu ikut highway, bior padan ngan muke dia.
mungkin pak lah boleh melawat saya dan bersedekah kepade saya sehelai kain pelikat dekat-dekat pilihanraya nanti..
insyaallah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung dirumah.. tapi jangan lupa.. pak lah tandatangan yerk..!

jgn lupe pak lah.. naikkan lagi rege minyak..
jgn turun kan gaji menteri menteri dan tuan penasihat 25%..
saya tetap akan menyokong pak lah..

akhir kata bior pak lah senang, janji kami susah.. hidup UMNO, hidup BN…hanya kerajaan BN sahaja yang pandai memerintah negara

sekian terima kasih..

Khamis, 5 Jun 2008




Idea daripada orang-orang yang kerja kat PETRONAS - price control

Adelah!! orang-orang yang kerja kat PETRONAS bagitau..,

Aku pun tak tahu betul ke tidak...tapi apa salahnya mencuba...tak rugi

Idea yang sangat menarik? Tapi adakah ianya berkesan?

Nampaknya menjelang tahun depan harga petrol akan menghampiri RM 2.00.
Mahu supaya harga petrol turun? Kita perlukan satu tindakan bijak dan bersepadu.

Philip Hollsworth menawarkan idea bagus ini. Ianya LEBIH BERKESAN berbanding kempen "jangan beli petrol pada hari tertentu" yang dilakukan pada April atau Mei lalu. Syarikat minyak hanya akan mentertawakan sebab mereka tahu dengan tidak membeli petrol, kita akan menyusahkan diri sendiri. Ia lebih menyusahkan pengguna sendiri
berbanding penjual. Tapi, tak kiralah dari siapa idea ini yang mencadangkan pelan yang benar-benar berkesan.

Sila teruskan membaca dan ambillah bahagian dalam rancangan ini. Mengikut kenyataan dari negara-negara pengeluar minyak anggota OPEC harga seliter petrol adalah semurah 89 hingga 95 sen sahaja. Tetapi syarikat-syarikat pembekal minyaklah yang mengaut keuntungan besar dari situasi sekarang ini.

Kita sebagai pengguna perlukan tindakan agresif untuk 'mengajar' mereka bahawa PEMBELI juga ada kuasa untuk yang mengawal harga, bukan penjual sahaja. Dengan harga petrol yang naik begitu tinggi sekarang ini, k ita pengguna perlu bertindak segera. Satu cara yang disarankan untuk menurunkan harga petrol ialah dengan memberikan tamparan 'market leader' industri berkenaan, iaitu dengan tidakm embeli petrol dari penjual tertentu. Ini dapat kita lakukan tanpa menyusahkan diri kita sendiri.

Ideanya begini :-
Untuk sepanjang tahun ini, JANGAN beli petroldari TIGA SYARIKAT MINYAK TERBESAR DIDUNIA iaitu

1) ESSO/MOBIL
2) SHELL
3) PROJET

Tiga syarikat gergasi inilah yang sebenarnya mengawal harga runcit petrol dan mengaut
keuntungan untuk diri mereka sendiri. Sistem ini sejajar dengan cara business kapitalis Yahudi yang tidak langsung mempunyai perasaan bertimbang rasa sesama manusia.

Jika mereka tidak merasa penjualan petrol mereka menurun secara tiba-tiba sedangkan pesaing mereka akan terus maju, mereka akan mula menurunkan harga. Dan jika mereka berbuat demikian yang lain akan turut serta. Tetapi, untuk kaedah ini memberi kesan, kita kena memberitahu berjuta pembeli ESSO/MOBIL,SHELL dan PROJET.

Ia sangat mudah dilakukan. Saya akan terangkan disini caranya:-

Saya menghantar mesej ini kepada ramai orang. Jika setiap kita menghantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (30 x 10 = 300)? Dan 300 orang ini hantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (300 x 10 = 3,000)? dan seterusnya.

Sebaik mesej ini sampai kepada generasi penerima yang ke 6, ia sebenarnya telah disebarkan kepada lebih TIGA JUTA pengguna petrol. Sekali lagi, apa yang perlu anda lakukan ialah :

1) Menghantar mesej ini kepada 10 orang atau lebih, itu saja.
2) Berhenti dengan serta merta membeli petrol dari ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET.
Itu sahaja.....

Berapa lama ia akan berlaku? Jika setiap kita menghantar email kepada 10 orang dalam satu hari, semua 3 JUTA orang akan dapat dihubungi dalam masa 8 hari sahaja.

Saya cabar anda, jangan sangka anda tiada kuasa, bertindak secara bersama. Ia pasti akan membuahkan hasil.

Jika anda terima saranan ini, sila sebarkan email ini.

TOLONG KEKALKAN KOMITMEN ANDA
SEHINGGA MEREKA TURUNKAN HARGA
DALAM LINGKUNGAN 80 SEN SELITER.

Mudah saja, anda cuma perlu....... ...
1. Forwardkan ema il ini kepada kawan-kawan dan kenalan,
2. Beli petrol dari PETRONAS, CALTEX dan BP sahaja ......
jauhi diri anda dari stesyen petrol ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET.

Selamatkan malaysia. undi PAKATAN RAKYAT bukan PAKATAN JAHAT UMNO!!

Jumaat, 18 April 2008

pakat join ramai2!!

tribute to DSAI black 14. join the club to show your support for our better malaysian leader that will change to better malaysia. dont worry about AUKU to student. its not political club.
click here to join http://www.anwaribrahimclub.com