Isnin, 9 Mac 2009

Salam penuh mesra... untuk mereka, Pejuang Bahasa sekalian!
'Kalau takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai, kalau takutkan suara rakyat 'Pejuang Bahasa', jangan menidakkan kedaulatan bahasa...'
Terlebih dahulu, tahniah diucapkan kepada pihak GMP dan seluruh rakyat Malaysia yang masih setia cintakan bahasa Melayu, terutamanya kepada mereka yang telah hadir sama mengikuti perarakan perhimpunan 100 ribu ke Istana Negara Sabtu lepas kerana ianya telah mencapai matlamat yang mana himpunan tersebut telah berjaya mengumpulkan lebih 100 ribu orang. Penulis dengan beberapa lagi sahabat rapat seperjuangan telah menghadiri perhimpunan tersebut berasa kagum dan teruja tatkala memandang 'lautan manusia' dengan laungan 'TAKBIR!' dan 'HIDUP BAHASA!' memenuhi setiap jalan ketika berarak menuju ke Istana Negara.
Namun, apa yang membuatkan penulis berasa tidak puas hati adalah esoknya, beberapa akhbar media cetak yang sempat penulis baca memaparkan jumlah yang hadir hanyalah 5 ribu orang. Sedangkan jumlah sebenar yang menghadiri perhimpunan tersebut adalah melebih daripada 20 kali ganda! Dimanakah etika sebenar sebagai seorang wartawan dalam menyampaikan sesuatu bahan berita yang sah? Hal ini yang harus dipersoalkan. Dengan adanya cetusan media baru seperti internet dan media cetak seperti akhbar-akhbar yang pro pembangkang yang menyebarkan kandungan berita yang terbukti sah mengenai senario sebenar perhimpunan tersebut diharapkan rakyat mendapat info yang tepat, tidak mudah dimanilupasi minda dan jiwa mereka oleh sebaran media yang dianggap pro kerajaan itu.
Penulis juga berasa terpanggil jiwa dan perasaan ini untuk menyuarakan rasa kasihan melihat sebegitu ramai rakyat yang menghadiri perhimpunan tersebut bertempiaran lari tatkala gas pemedih mata dilepaskan ke udara. Penulis yang berada di sana juga turut terkena gas pemedih mata yang dilepaskan. Lebih kasihan lagi apabila melihat golongan tua dan budak-budak kecil yang turut sama menghadiri perhimpunan tersebut juga terkena gas pemedih mata yang dilepaskan. Dimanakah rasa belas kasihan mereka dengan apa yang mereka tekah lakukan terhadap golongan kerdil, berusia ini?
Oleh itu, perjuangan dalam mempertahankan bahasa ini masih belum selesai. Anggaplah apa yang telah terjadi ini sebagai satu cabaran dan harus belajar dari kesilapan yang dahulu. Marilah kita 'PEJUANG BAHASA' sama-sama terus mempertahankan bahasa ibunda kita ini agar terus terbela dan diagungkan selamanya.
penulis..kulaan.

Tiada ulasan: