Isnin, 23 Februari 2009

BAHASA JIWA BANGSA

'Bahasa menunjukkan bangsa'..., kata-kata ini menggambarkan bahasa itu bukan sahaja alat untuk kita berkomunikasi, meningkatkan tahap akademik dalam diri, malah ia yang paling utama menunjukkan bangsa kita, bangsa Melayu yang mana Bahasa Melayu itu patut dijadikan sebagai bahasa ibunda kita, bahasa rasmi kita, dan bahasa utama kita dalam kehidupan seharian.
Saya tertarik dengan kenyataan yang diucapkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang dalam Harakahdaily bertarikh 24.2.09 yang menggelarkan mereka yang masih mahu meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai golongan celaka. Beliau turut menyelar tindakan merendahkan peratus kelulusan pelajar semata-mata kerana mahu mempertahankan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Tindakan tersebut kata beliau merupakan satu perbuatan yang dianggap sebagai menipu bangsa sendiri.
Apa yang amat membimbangkan adalah kesan terhadap terhadap murid-murid sekolah luar bandar bandar yang sememangnya tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka masih lemah. Kenapa saya berpandangan sedemikian, sebabnya saya sendiri berasal dari sekolah luar bandar dan saya sendiri faham bagaimana situasi murid-murid sekolah luar bandar berbanding di bandar yang mana tahap penguasaan mereka lebih baik. Demi kebaikan semua pihak, khususnya anak bangsa kita sendiri iaitu Melayu, seharusnya PPSMI ini dikaji secara lebih teliti hasilnya setelah enam tahun dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab.
Oleh itu, satu himpunan 100 ribu rakyat untuk menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong di Istana Negara akan diadakan bagi membantah pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Himpunan yang akan diadakan pada 7 Mac bermula jam 2 petang itu akan dianjuran oleh Gerakan Mansuh PPSM (GMP). Marilah kita SEBAGAI BANGSA MELAYU sama-sama BERJUANG MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA KITA, BAHASA MELAYU!
sekian...kulaan banjar.

Tiada ulasan: