Selasa, 1 Julai 2008

KONSPIRASI 'BUSUK'

Assalamualaikum...

Kini, negara kembali gempar setelah berlalunya tragedi 'reformasi' tahun 1998 dengan isu dakwaan liwat terbaru ke atas Datuk Anwar Ibrahim yang dibuat oleh seorang pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlanl di Pondok Polis HKL di bawah kawalan Jalan Travers , baru-baru ini.

Apakah motif sebenar dakwaan 'karut' yang dilemparkan kepada Anwar...?

Berikut adalah beberapa kenyataan (komen) yang dikeluarkan oleh beberapa tokoh pemimpin mengenai motif sebenar @ kesan dakwaan tersebut:

1) Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tuduhan terbaru terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mencalarkan imej pembangkang dan polis perlu menyiasatnya secara terperinci.
Malah, katanya, tuduhan seperti itu serta beberapa tuduhan lain yang dibuat terhadapnya di laman blog juga boleh mencemarkan imej negara.
''Ini semua konspirasi politik, kerja-kerja geng politik yang tidak beriman, tuduh orang liwat dan macam-macam tuduhan, macam dalam blog, letup sana letup sini.
''Di Malaysia, suka sangat buat tuduhan macam ini, sampai satu peringkat menjatuhkan air muka seseorang sehingga ke tahap yang tidak boleh diterima,'' katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini hari ini.
''Memang tuduhan ini nak cemar imej pembangkang, saya sebagai 'ketua kampung' merasa malu dan secara tidak langsung imej negara juga turut tercemar,'' kata Nik Aziz.
''Ini tuduhan liwat, ia (liwat ini) bukan boleh buat di jalan raya, orang buat secara sulit, kena ada bukti, kalau ikut Islam kena ada empat saksi,'' katanya. (sumber:utusan online 30 Jun)

2) Menurut Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, ini merupakan satu sandiwara yang digunakan untuk menutup kes yang besar dan sedang hangat diperkatakan iaitu kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya.
"Tuduhan ini kali kedua dikenakan ke atas beliau, kalau kali pertama dulu satu sandiwara tuduhan ini juga merupakan satu sandiwara untuk menutup kes pembunuhan Altantuya berikutan pendedahan terbaru yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin.
"Kerana mereka ada kuasa sikit mereka boleh buat sesuka hati, hakim mereka pegang dan begitu juga dengan polis jadi saya minta kita banyakkan solat hajat minta Allah tunjukkan kebenaran," kata Ustaz Ghani. (sumber:harakahdaily 1 Julai)

3) Menurut Pengerusi KeADILan Melaka, Khalid Jaafar, sebenarnya ini adalah satu konspirasi baru seperti 1998 dan merupakan tindakan terdesak khususnya Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.
"Anwar mempunyai bukti baru dan akan mendedahkan penglibatan kedua-dua mereka ke atas pemalsuan bukti perbicaraan terdahulu yang jelas menunjukkan satu konspirasi politik peringkat tertinggi negara.
"Nyawa beliau terancam bukan satu lakonan kerana orang yang terlibat dulu sama dan telah dinaikkan pangkat, pemain utamanya masih sama serta mempunyai kedudukan yang lebih kuat," katanya. (sumber:harakahdaily 1 Julai)

4) Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San, menyatakan tuduhan ini mungkin bermotifkan politik untuk memusnahkan karier politik Dato' Seri Anwar Ibrahim.
"Ini satu tuduhan yang mempunyai niat kerana BN sekarang ini dalam kedudukan terancam jadi mereka guna pelbagai cara untuk menjatuhkan Anwar," kata beliau.
(sumber:harakahdaily 1 Julai)

5) Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar menyifatkan tuduhan liwat yang dilemparkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi jahat dan jijik.
Sambil mengharapkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenakan tindakn kepada pihak yang terbabit mendakangi konspirasi ini beliau juga mahu isu ini dihentikan serta merta.
Malah atas nama Islam beliau menyeru kepada kelompok yang berkemungkinan mencetus konspirasi ini agar memikirkan implikasinya terhadap tuduhan ini yang mengaibkan seseorang.
(sumber:harakahdaily 1 Julai)

6) Presiden Abim, Yusri Mohammad pula menyatakan, insiden dakwaan liwat terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim mengejutkan rakyat dan menjadi kebimbangan.
Malah, Abim memberi amaran kepada semua pihak termasuk media agar tidak mensensasikan isu ini kerana ia membabitkan maruah dan isu peribadi, katanya.
(sumber:harakahdaily 1 Julai)

Mengikut kenyataan Harakahdaily 2 Julai, Datuk Anwar berkata beliau akan mengumumkan fakta dimana beliau berada pada 26 Jun lalu iaitu tarikh yang didakwa Saiful Bukhari Azlan sebagai tarikh kejadian liwat kononnya berlaku. Dalam ceramahnya di Stadium Melawati Shah Alam malam 1 Julai, Anwar menyatakan penjelasan mengenai hal itu akan dibuat dalam masa terdekat.


Sumber dari malaysiakini 1 Julai melaporkan PKR mempunyai satu akuan berkanun yang mengaitkan pembabitan pejabat Datuk Seri Najib Razak dengan dakwaan liwat terbaru yang dilaporkan kepada polis Sabtu lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Hari ini kita ada satu pengakuan bersumpah daripada seseorang yang belum kita dedahkan yang tahu bahawa memang ada pakatan dan perencanaan yang melibatkan pejabat timbalan perdana menteri untuk menghina saya," kata penasihat PKR dalam program ceramah penjelasan isu panas tersebut
Beliau mengulangi kenyataannya semalam bahawa dakwaan jenayah itu muncul selepas pihak berkuasa dapat menghidu strateginya untuk mengumumkan akan bertanding dalam satu pilihanraya kecil dan juga kemasukan empat ahli parlimen BN dalam Pakatan Rakyat.

Jelaslah dakwaan tersebut ada muslihat 'tak bermaruah' ingin menjatuhkan kepimpinan Datuk Anwar dan semua kredibiliti Pakatan Rakyat yang semakin berpengaruh sekarang.
Negara tidak akan aman dan maju selagi fitnah dan hasad dengki bermaharajalela dalam sanubari kita, apatah lagi kita sebagai umat Islam seharusnya tidak mudah terpedaya dengan hasutan syaitan durjana yang menjerumus kepada kemungkaran (fitnah dan hasad dengki).
-sekian dari meja pengarang-