Khamis, 3 April 2008

isu filem fitna

saya selaku presiden parti perikatan pedang ingin memberi pendapat tentang isu filem yang kini dianggap menghina umat Islam sedunia iaitu Fitna. sememangnya tidak disangkal lagi filem ini mempersendakan kandungan al-Quran dengan mengambil ayat-ayat yang kononnya menyuruh umat Islam melakukan keganasan dan jihad terhadap sesiapa yang bukan Islam. sesungguhnya ini amat bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh Allah dalam al-Quran. kita harus membetulkan tanggapan dunia tentang Islam dan kandungan ayat al-Quran yang sebenarnya. golongan kafir sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan kita dan melawan kita selagi kita tidak mengikut jejak langkah mereka menjadi ahli neraka yang abadi. golongan kafir ini mengambil secebis ayat al-Quran yang tidak lengkap maksudnya. mereka hanya memahami secara kasar maksud ayat tersebut walhal pemahaman yang mendalam dari guru amat penting untuk memahami makna sebenar yang dimaksudkan Allah. maka tugas kita untuk membetulkan semula situasi kini dan cara sesetengah penganut agama Islam yang berdemonstrasi dan merusuh serta memboikot barangan Belanda amat tidak relevan kerana perkara ini hanya melibatkan seorang ahli politik Belanda dan bukannya seluruh warga Belanda terlibat. maka tidak relevan kita menghukum seluruh rakyat Belanda. kita sewajarnya membetulkan keadaan dengan menerangkan maksud sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut dan mengubah sikap kita sebagai umat Islam yang agung dengan bersabar dan berjihad dengan cara ilmu. bukan dengan keganasan. jangan menggunakan nama Islam untuk kita melakukan keganasan. ini amat ditegah di dalam Islam. Rasullullah SAW tidak pernah mengajar umatnya melakukan keganasan. maka situasi kini ialah kita sebagai umat Rasullullah SAW harus berdakwah dengan cara yang lembut seperti mana baginda menyebarkan dakwah Islamiah dahulu. istiqamah dalam dakwah dan perjuangan tanpa menggunakan kekerasan walau bagaimana sekalipun bentuk penentangan yang diberi oleh kafir. kerana dengan kelembutan ini akan melembutkan orang kafir dan mereka akan tertarik dengan keindahan Islam kerana kemuliaan dan kesempurnaan yang ditonjolkan penganut agama Islam yang diajar oleh baginda walaupun mereka menentang sekeras-kerasnya ajaran junjungan besar kita.
jika kita mengaku sebagai seorang Islam kita harus faham dengan apa yang Allah maksudkan di dalam al-Quran melalui ayat-ayatNya. al-Quran adalah mukjizat junjungan besar kita Rasullullah SAW yang kekal hingga ke akhir zaman. al-Quran adalah panduan dan pembimbing bagi kita umat Islam. Islam tidak pernah menyuruh umatnya berjihad dengan cara kekerasan. kita harus ingat bahawa semasa junjungan besar kita Nabi Muhammad yang dicintai menyebarkan dakwah menegakkan agama Allah, tentangan yang diterima baginda lebih hebat dari apa yang kita hadapi kini. kita kini hanya berdepan dengan filem yang memfitnah al-Quran. tetapi baginda menerima tentangan dibunuh, dicaci, dibaling batu dan najis, orang kafir kencing di rumah ibadat kita tetapi baginda tetap bersabar dan tidak melakukan apa-apa terhadap kafir laknatullah itu walaupun sahabat telah menghunus pedang untuk melawan. tetapi baginda melarang sahabat untuk berbuat demikian kerana peribadinya yang mulia, penyabar dan memelihara imej agama Islam yang disampaikan baginda sebagai agama yang aman, tiada keganasan dan mulia.
kita dapat lihat baginda tetap teruskan perjuangan menyampaikan dakwah Islamiah tanpa putus asa, gentar dan takut akan ancaman dari kafir dan istiqamah dalam dakwahnya. umat Islam semestinya kembali kepada ajaran dan contoh yang ditonjolkan oleh baginda dalam menghadapi tentangan dari kafir laknatullah seperti kini. umat Islam sewajarnya melihat kembali adakah apa yang telah di pertontonkan oleh mereka ini adalah salah kita sendiri? adakah benar umat Islam kini telah terpesong dari ajaran al-Quran dan sunnah dengan menggunakan nama Islam untuk berjuang dengan cara kekerasan dan menghalalkan pembunuhan nyawa-nyawa yang tidak berdosa?
Allah menyuruh kita berjihad menegakkan ajaran agama yang dibawa Rasullullah SAW dengan pelbagai cara. mengikut keadaan semasa. jika tiada cara lain maka dengan cara jihad perang sahaja penyelesaiannya maka boleh kita berperang dengan senjata. tetapi jika dilihat kini penentangan kafir laknat adalah dengan cara hati, pemikiran dan ilmu. maka umat Islam wajib berjihad menegakkan agama Allah dengan cara penguasaan ilmu, iman yang teguh dan hati yang bersih dan suci. itulah cara jihad pada zaman kini kerana bentuk penentangan kafir bukan lagi dengan cara berperang. bom, penggal kepala, dan berbagai lagi bentuk keganasan bukan penyelesaian masalah bagi menegakkan agama Islam. keganasan bukan imej agama Islam. agama Islam adalah agama yang aman, sempurna, suci dan tiada agama yang dapat menandingi kehebatan agama Islam seperti mana yang telah diajar oleh junjungan besar kita Rasullullah SAW yang berperibadi mulia dan sentiasa bersabar dengan pelbagai cara penentangan yang lebih hebat lagi semasa baginda menyebarkan dakwah dahulu. keganasan dan kekerasan bukan cara agama Islam. setiap manusia layak hidup dengan aman dan bebas tanpa sebarang keganasan dan pembunuhan. Allah telah berjanji bahawa sesiapa yang tidak percayakan Allah dan mengaku bahawa Rasullullah SAW adalah pesuruh Allah maka mereka akan dicampak ke dalam api neraka dan menjadi kayu api umat Islam di neraka kelak.
urusan dosa pahala adalah urusan Allah. urusan mati dan ajal adalah urusan Allah. urusan syurga neraka seseorang itu adalah urusan Allah. kita sebagai hamba-Nya tidak berhak menentukan itu semua. kita sebagai hamba-Nya tidak berhak mengambil nyawa seseorang yang tidak bersalah dengan sewenang-wenangnya. maka jihad terhadap orang kafir bermakna kita umat Islam tidak boleh membunuh seseorang itu hanya disebabkan mereka bukan beragama Islam. perkara ini amat ditegah dalam Islam. kerana pembalasan terhadap orang kafir adalah urusan Allah dan hanya Allah yang berhak mengenakan hukuman dan seksaan ke atas mereka. bukan kita yang hanya hamba-Nya yang diredai.
kini umat Islam berdepan dengan perang psikologi, pemikiran dan hati dari kafir. kita dapat lihat hiburan yang terlampau, sekularisme (mengasingkan urusan dunia dan akhirat), maksiat, murtad, gaya hidup tidak bertamadun yang dianggap moden, mengagungkan dan mencontohi para-para artis yang sama sekali tidak berakhlak dan tidak berilmu, pergaulan bebas, perzinaan yang berleluasa dan berbagai lagi bentuk penjajahan minda yang telah lama diserang oleh kafir melalui pemikiran yang telah diserapkan oleh mereka terhadap umat Islam zaman kini tanpa disedari. ini adalah perjuangan sebenar umat Islam kini. inilah jihad yang dimaksudkan dalam menegakkan agama Islam yang kini telah dijatuhkan kafir. kita perlu bangkit melawan meraka dengan ilmu penuh didada, iman yang kukuh dan teguh, akhlak yang mulia dan semangat juang yang tiada putus asa dan istiqamah berjuang. ini yang diperlukan umat Islam. telah dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran menuntut ilmu adalah fardu kepada setiap umat Islam. maka wajib umat Islam menuntut ilmu dan menguasai ilmu. ketika zaman junjungan besar kita dahulu agama Islam adalah agama yang tinggi martabatnya di mata kafir. umat Islam ketika itu menguasai ilmu, harta, kuasa, akhlak yang mulia, iman yang teguh dan segalanya. golongan kafir gentar dan takut dengan orang Islam kerana kemuliaan yang dimiliki penganut agama Islam yang sebenar-benar mengikut ajaran Islam ketika itu. tetapi kini, kafir berani menghina dan menjatuhkan maruah Islam tanpa gentar dan risau akan kita. mengapa? kerana akhlak dan iman serta hati kita yang telah rosak, busuk dan minda kita yang telah dijajah oleh kafir. umat Islam kini bukan sahaja berdepan dengan kafir, malah berdepan dengan sesama umat Islam sendiri yang menjadi musuh dalam selimut yang mengaku Islam tetapi bencikan Islam.
maka marilah wahai saudara-saudaraku kita kembali kepada ajaran sebenar Islam iaitu dengan memahami dan menguasai al-Quran dan sunnah, mencontohi dan mengikut peribadi mulia Rasullullah SAW. hanya itu jalan penyelesaian sepanjang zaman dunia akhirat.
wallahhuallam.