Selasa, 17 Jun 2008

VOTE BN FOR 'BARANG NAIK'

'Sudah jatuh ditimpa tangga'... itulah gambaran yang paling idea bagi menggambarkan situasi terkini kehidupan rakyat Malaysia kini yang semakin di himpit duri sengsara angkara sumpitan berbisa pemerintahan kerajaan sekarang.
Sebelum ini kita telah banyak dikejutkan dengan peningkatan pelbagai barang-barang keperluan utama harian seperti minyak masak, tepung, gula, beras dan banyak lagi. Namun, tanggal 4 Jun 2008, detik hitam mula melanda seluruh rakyat Malaysia apabila harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter, kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang. Manakala harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58.
Isu kenaikan harga bahan api merupakan pekara sensitif bagi rakyat. Ini kerana, bahan api (petrol dan disel) diibaratkan 'ibu' bagi semua barang lain. Kenapa begitu? Ini kerana kenaikan bahan api secara langsung akan melibatkan kenaikan semua barang keperluan semasa kita yang mana ianya tidak dapat kita elak lagi. Peningkatan harga bahan api secara langsung akan meningkatkan kos pengeluaran seseuatu produk, termasuklah dari segi kos pengangkutan, kos pengeluaran, kos bahan mentah dan sebagainya. Akhirnya, pembekal terpaksa menjual barang kepada pekedai dengan harga mahal dengan alasan kos bahan api meningkat. Kesannya, pekedai pula terpaksa menjualnya pula kepada pembeli juga dengan harga yang tinggi, dengan alasan tidak dapat untung kalau jual pada harga asal. Musibahnya, kita sebagai pengguna juga yang terpaksa menanggung derita dengan kenaikan harga barang kini, terutamanya bagi golongan miskin, fakir, ibu tunggal dan yang keluarga ramai.
Bayangkan bagi golongan miskin, ibu tunggal dan yang bekeluarga ramai terpaksa menempah arus kehidupan yang semakin tercabar dengan sergahan kenaikan harga barang sekarang... Fikirkanlah bagaimana susahnya mereka bekerja semata-mata ingin mencari sesuap rezeki kurniaan Allah SWT dalam pada masa harga semua barang mengalami kenaikan...
Siapakah yang harus kita persalahkan dalam punca semua masalah ini? ambil masa fikirkanlah sejenak... sekian dari meja pengarang.

Tiada ulasan: